Tips Memasak Menggunakan Butter




1. Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan menggunakan mentega yang masih keras. Ini kerana mentega yang masih keras perlu dipukul lama dan jika tidak berhati-hati ia akan jadi berminyak.

2. Sebaiknya biarkan mentega lembut sedikit pada suhu bilik. Adunan mentega untuk biskut, jika dikacau berlebihan hingga menjadi berminyak akan menyebabkan biskut terbantut.


3. Untuk kek, mentega yang di gunakan untuk membuat kek seharusnya lembut tetapi bukan terlalu lembut.

4. Mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek yang ringan dan gebu. Kek pula akan menjadi lebih padat dan bertekstur lebih keras.

5. Jika mentega dan gula tidak dipukul sehingga ringan dan gebu, adunan akan berbintil-bintil apabila telur di masukkan.

6. Jika memukul mentega atau butter, pukullah hingga benar-benar lembut dan jauhkan dari tempat atau ruang yang panas agar mentega yang dipukul tidak mencair dan berminyak.

7. Cuba lihat panduan di bawah ni bagaimana cara melembutkan butter dan kaedah mencairkan butter.


BERAPA LAMA MASA YG SESUAI MEMUKUL BUTTER, GULA, TELUR DAN TEPUNG


1. Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur. Ini bergantung pada kelajuan mesin yang digunakan.

2. Selalunya mula memukul pada tahap perlahan. Berhenti dan pastikan bahan-bahan tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. Kemudian putar pada kelajuan maxima selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi selama 3 minit.

3. Bila adunan nampak ringan dan pucat warnanya. Baru dimasukkan telur sebiji demi sebiji dalam kadar 2 minit setiap biji telur. 

4. Gunakan senduk kayu atau spatula untuk memasukkan tepung dan mengaul rata adunan.


JIKA DIGANTIKAN BUTTER DENGAN MARJERIN

1. Bezanya, kek yang menggunakan butter lebih enak kerana tekstur kek itu akan lebih halus. Tetapi harus diingat jika dibiarkan mentega terlalu lama pada suhu bilik, ia akan berminyak dan hasil kek tidak enak dan gebu.

2. Kek yang menggunakan marjerin tidak begitu wangi, seperti kek yang menggunakan mentega. Ia juga tidak selemak kek yang menggunakan mentega.

3. Jika menggunakan marjerin timbang kilo pula, rasa kek juga tidak enak!. Kebanyakkan marjerin juga begitu sukar sebati dengan gula kastor dan hasilnya , adunan tidak kembang dengan elok.

[ Klik Disini ]

Dikuasakan oleh Blogger.