Tutorial : Dekorasi nozzle bintang yang paling simple namun paling cantik untuk dibuat!




Ini ialah antara cara paling mudah untuk menghias cupcakes anda. Bayangkan anda nak buat door gifts yang sampai beratus - ratus ataupun beribu untuk apa jua majlis. Pastinya anda nak save duit dan masa, jadi kalau anda boleh buat sendiri, ini ialah antara dekorasi yang jimat masa tapi memberikan gaya hiasan cupcakes yang comel dan sweet gitu.

Jadi kalau anda nak buat, jom tengok macam mana caranya nak buat yea.



  • buttercream yang dibancuh dengan warna tema anda, disini saya warnakan merah.
  • buttercream bewarna putih
  • piping bag,
  • nozzle bintang.






  • Sapukan buttercream putih pada cupcake supaya permukaan nampak kemas, tak kisah warna apa, kalau warna putih lagi kontras warna piping itu nanti.
  • Paipkan buttercream terus ke atas sapuan putih itu untuk membentuk bintang secara bertentangan.



  • Tambahkan mengikut kesesuaian, bergantung pada macam mana anda nak cupcake itu nampak menarik, lagi banyak lagi cantik.



  • letakkan dekorasi yang anda inginkan, yang ini kami letakkan heart shaped decor yang mana anda boleh gantikan dengan gold / silver balls. Caranya ialah dengan membenamkan hujungnya pada setiap aising yang telah dipaipkan.



  • Sudah siap!, ini cara yang paling ringkas dan mudah, tapi kalau anda nak lebih cantik boleh tambahkan sprinkles silver balls yang halus - halus tu pada sekelilingnya.




Tak susah nak membuatnya kan? 

Apakata hujung minggu ini anda cuba, tinggalkan komen anda jika telah mencuba, atau jika ada sebarang pertanyaan. 

Selamat mencuba!

[ Klik Disini ]


Dikuasakan oleh Blogger.