Inspirasi Bake : [18 gambar] Trend kek hantaran 2018 yang sungguh cantik. Kek buttercream berbunga dengan gabungan warna - warna yang lembut.


Tahun 2018 menyaksikan semakin cantik gubahan kek dari buttercream berbanding menggunakan fondant seperti tahun - tahun sebelumnya.

Pelbagai nozzle untuk bunga dicipta yang menjadikan hasil kerja semakin nampak teliti dan juga penggunaan warna makanan yang tidak terlalu banyak yang boleh membawa mudarat pada kemudian hari.

Kami bawakan beberapa idea gambar untuk anda jadikan inspirasi bila menempah bagi hari bahagia anda nanti.

Kek sebegini bukan sahaja nampak cantik malah lazat dan boleh dimakan terus kerana diperbuat daripada buttercream yang lembut dan gebu. 

Jangan lupa untuk mintak kurangkan manis yea!












Dikuasakan oleh Blogger.